Kombinasi Terbaik Cendol Dan Asam Laksa, Rasai Aneka Penang ‘Local Cusine’ Di Pinang Pinang TT3

9 Dec 2022 • 5:35 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pasti ramai peminat hidangan lokal daripada Penang

Kombinasi Terbaik Cendol Dan Asam Laksa, Rasai Aneka Penang ‘Lokal Cusine’ Di Pinang Pinang TT3. Kalau sebut tentang makanan, Pulau Pinang pastinya antara tempat terbaik di Malaysia.

image is not available
Kombinasi Terbaik Cendol Dan Asam Laksa, Rasai Aneka Penang ‘Local Cusine’ Di Pinang Pinang TT3. Sumber: Pinang Pinang

Negeri ini terkenal dengan masakannya yang pelbagai dan lazat, serta mencerminkan gabungan budaya orang Melayu, Cina dan India.

Cendol dan asam laksa memang duo yang terbaik

Salah satu hidangan paling popular di Pulau Pinang ialah asam laksa, iaitu mee sup pedas yang sarat dengan rasa.

Satu lagi hidangan popular ialah cendol, pencuci mulut manis yang dibuat dengan mee jeli hijau, daun pandan, dan sirap gula aren.

image is not available

Hidangan ini menggabungkan rasa manis dari cendol dan pedas dari asam laksa. Untuk warga Kuching yang merindui hidangan dari negeri Pulau Pinang ini, apa kata anda ke Pinang Pinang TT3, Kuching.

Bukan sahaja menghidangkan cendol dan asam laksa, mereka turut menghidangkan pelbagai makanan ‘signature’ dari Penang misalnya char Char kway teow, mi hokkien dan sebagainya.

Lokasi dan masa operasi

Kedainya juga berkonsepkan muslim friendly!

Sekiranya anda berminat untuk merasai hidangan mereka jangan lupa untuk singgah.

image is not available

Lokasi: Ground Floor, SL 44, Jalan Canna, Jalan Tabuan Tranquility 3 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia

Masa operasi: Buka setiap hari kecuali rabu. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Untuk info lebih lanjut boleh layari Facebook mereka di sini.