Terkenal Dengan Hidangan Laksa Penang, D’Laksa Kini Buka Cawangan Pertama Di Kuching

28 Nov 2022 • 2:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik untuk peminat Laksa Penang

Terkenal Dengan Hidangan Laksa Penang, D’Laksa Kini Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Peminat laksa Penang mesti tahu kewujudan kedai D’Laksa yang menjual asam laksa yang sedap dan enak ini.

image is not available
Terkenal Dengan Hidangan Laksa Penang, D’Laksa Kini Buka Cawangan Pertama Di Kuching. Kredit: D ‘ Laksa Malaysia

Aroma hidangan D’Laksa yang berlegar di pusat membeli-belah boleh buat sesiapa sahaja terpikat.

Bila sebut sahaja tentang jenama laksa ini, anda pasti sudah terbayang kuahnya yang masam, pedas, pekat dan padat dengan rasa.

Kuahnya yang pekat buat teringat-ingat

Kalau anda sukakan kuah laksa yang pekat, anda pasti akan menyukai laksa di D’Laksa ini. Memang terbaiklah. Kuahnya yang pekat dan aromanya yang memikat membuatkan ramai pengunjung ketagih dengannya.

Kini, D’Laksa meluaskan lagi cawangan pertamanya ke Sarawak. Jadi, peminat laksa Penang tidak perlu lagi ‘terbang’ ke Semenanjung hanya untuk mendapatkan semangkuk laksa yang sedap dan memenuhi cita rasa anak tekak anda!

Banyak lagi hidangan lain ditawarkan

Selain popular dengan hidangan Asam laksanya, D’Laksa turut menawarkan aneka menu lain seperti Fruit Rojak, Asam Fish Ball dan Asam Lobster Ball.

Difahamkan, cawangan pertama D’Laksa ini dibuka di dalam pusat beli belah Aeon Mall, Kuching. Khabar gembira itu diumumkan oleh mereka menerusi laman instagram mereka.

Namun, tarikh rasmi pembukaan cawangan pertama mereka ini masih belum didedahkan.

Pasti ramai yang menyambut baik berita gembira itu lebih-lebih lagi peminat laksa Penang.

Jadi, untuk maklumat lanjut boleh layari laman sosial mereka di sini.