
PAPAR: Kompleks Kebudayaan Sabah yang akan dibina tidak lama lagi dengan kos lebih RM100 juta di Kinarut, di sini, akan menjadi tarikan pelancongan baharu yang menawarkan pengalaman unik, inovatif dan tersendiri.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kompleks itu terdiri daripada dua komponen utama — Kampung Budaya dan Pusat Kebudayaan — dan melengkapi pusat sedia ada, termasuk Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan bagi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun, Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah di Tuaran dan Pusat Kebudayaan Murut di Tenom.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kompleks itu akan memainkan peranan penting sebagai pemangkin utama dalam usaha memelihara warisan budaya negeri yang pelbagai, katanya pada majlis pecah tanah projek itu, Sabtu.
Ia juga berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan budaya, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan serta menghargai warisan unik yang terdapat di Sabah.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Pembinaan menerusi perkongsian pintar antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta adalah bukti komitmen berterusan kerajaan untuk mewujudkan kompleks pertama yang didedikasikan untuk mempamerkan warisan budaya pelbagai kumpulan etnik di negeri ini.
“Ini menandakan permulaan satu lagi mercu tanda penting bagi Sabah, mencerminkan aspirasi kami untuk memelihara, menghargai dan memartabatkan warisan etnik dan tradisi negeri yang kaya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kerajaan Negeri akan memastikan projek ini dibangunkan dengan teliti, mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan. Faedah projek ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh generasi sekarang tetapi akan datang,” katanya.
Hajiji berkata RM102.87 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri bagi 2025.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata industri pelancongan negeri memerlukan lebih banyak produk baharu untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa, memandangkan sumber pelancongan Sabah pelbagai, yang boleh diperluaskan untuk merangkumi pelancongan berasaskan flora dan fauna serta pelancongan warisan budaya dan etnik.
Beliau menggesa pemain industri meneroka idea baharu untuk mencipta produk pelancongan yang menarik, memastikan Sabah kekal sebagai pilihan utama bagi pengembara domestik dan antarabangsa.
“Usaha kami untuk menarik pelancong ke Sabah dengan meningkatkan produk pelancongan, sejajar dengan komitmen Kerajaan Malaysia terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, yang bertujuan menarik lebih 35 juta pelancong.
“Walaupun Sabah menyasarkan 3.7 juta pelancong, sebagai persediaan untuk TMM 2026, kita mesti bersedia untuk menerima lebih ramai pengunjung,” katanya.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Persekutuan Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri (KePKAS) Datuk Seri Christina Liew dan pembantunya Datuk Joniston Bangkuai, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Adun Kawang merangkap Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar, Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim serta Pegawai Daerah Papar Muhammad Mohd Ali.
Hajiji turut menekankan pentingnya pemain industri pelancongan, termasuk usahawan muda, menggunakan teknologi baharu untuk mempromosikan produk pelancongan berasaskan budaya. Pendekatan ini akan mempamerkan warisan budaya Malaysia yang unik dan menarik lebih ramai pelancong.
Hajiji menyeru pemimpin masyarakat, ketua jabatan, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dan semua lapisan masyarakat agar terus memperkasa dan melestarikan seni, budaya, dan warisan bangsa agar tidak luput ditelan zaman.
“Mari kita sama-sama menyokong inisiatif ini bagi merealisasikan impian menjadikan Sabah sebagai negeri yang kaya dengan warisan dan budaya,” katanya.


