RM1 juta biayai Koridor Makanan Gajah

LocalEnvironment
21 Jan 2025 • 2:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KINABATANGAN: Saraya Corporation, sebuah organisasi Jepun berkaitan pemuliharaan alam sekitar, akan membiayai projek Koridor Makanan Gajah Hilir Kinabatangan seluas 33.35 ekar di sini dengan dana sebanyak RM1 juta untuk lima tahun akan datang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Christina Liew berkata demikian ketika melancarkan projek itu di Kg Bilit, Isnin, di mana beliau melancarkan tapak penanaman rumput napier di kampung itu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Projek itu bertujuan untuk menanam rumput di sepanjang tebing sungai Kinabatangan untuk mewujudkan sumber makanan alternatif bagi gajah Borneo, sekali gus mendorong pergerakan haiwan itu menjauhi penempatan manusia dan kawasan pertanian.

Liew berkata kerajaan telah mengamanahkan Responsible Elephant Conservation Trust (Respect) untuk mengambil peranan utama dalam mewujudkan koridor makanan gajah di Kinabatangan, bermula di Kg Bilit. Aktivis pemuliharaan hidupan liar Alexander Yee Kok Tsen ialah Pengerusi Respect.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Perkongsian antara Respect dan Saraya Corporation menunjukkan kuasa kerjasama dalam menangani cabaran pemuliharaan yang rumit.

“Visi Saraya untuk memupuk kelestarian alam sekitar sejajar dengan matlamat Sabah untuk memastikan khazanah alam kita dipelihara untuk generasi akan datang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Perkongsian ini menggariskan komitmen Sabah yang tidak berbelah bahagi dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan sambil melindungi biodiversiti uniknya,” katanya.

Liew mengulangi bahawa Kerajaan komited sepenuhnya untuk menyediakan sokongan diperlukan untuk memastikan kejayaan projek ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga memuji komuniti Kg Bilit dan kawasan sekitar atas pembabitan aktif mereka dalam usaha ini. Tujuh penanam diambil bekerja oleh Respect untuk projek itu.

Mengenai rasional untuk mewujudkan koridor makanan gajah, beliau menyatakan pelbagai pergerakan gajah di Kinabatangan adalah seperti koridor panjang kerana haiwan itu bergerak ke hulu dan ke hilir sungai itu, antara Batu Putih dan Kg Abai dengan Kg Bilit lebih kurang di tengah-tengah.

“Bagi makanan, kajian menunjukkan gajah memakan pelbagai jenis tumbuhan tetapi kegemaran mereka adalah kelapa sawit dan rumput. Apabila kita menaiki bot menyusuri sepanjang Sungai Kinabatangan, anda akan perhatikan hampir semua tumbuh-tumbuhan di Kinabatangan adalah sama ada hutan atau kelapa sawit.

“Ladang rumput sekarang sebenarnya sangat, sangat kecil. Di mana tebing sungai tidak mempunyai pokok, kami merancang untuk menanam dan menyelenggara rumput,” kata Liew sambil menambah penanaman pokok ara liar, yang digemari gajah dan hidupan liar lain, juga akan dipertimbangkan.

Menafikan desas-desus bahawa menanam rumput akan membawa kepada lebih banyak gajah dan lebih banyak masalah mengurusnya, beliau berkata realitinya ialah gajah di Kinabatangan sudah cukup pantas membiak. “Lihat sahaja ada banyak anak gajah. Setiap hari gajah makan rumput bermakna sehari tidak makan kelapa sawit.”

Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) adalah agensi kerajaan yang ditugaskan untuk bekerjasama dengan Respect ke arah kejayaan pelaksanaan inisiatif ini.