‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ buru ‘snakehead’

13 Aug 2026 • 11:14 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ buru ‘snakehead’

Suasana yang pada awalnya tenang mula bertukar meriah. Gelak tawa, cerita mengenai tangkapan terdahulu dan perbincangan tentang pilihan umpan memenuhi ruang.

Bagi sesetengah peserta, inilah peluang untuk bertemu semula rakan pancing yang sudah lama tidak bersua.

Pemancing yang baru berjinak-jinak dengan teknik casting pula turut berkongsi kawasan bersama pemancing berpengalaman.

Apabila acara bermula, peserta mula bergerak ke lokasi pilihan. Ada yang menyusuri tebing, manakala sebahagian lagi memilih kawasan dipenuhi tumbuhan air dan struktur semula jadi.

‘Komplot’ kali ini memberi tumpuan kepada pemburuan spesies ikan snakehead seperti toman, haruan, bujuk dan kerandang.

Dua kategori dipertandingkan
Acara ‘Casting Mencari Saiz Idaman’ yang merupakan salah satu kategori dipertandi­ngkan memerlukan peserta tidak hanya bergantung kepada pilihan gewang sahaja.

Sebaliknya, menuntut keupayaan membaca keadaan air, mengenal pasti struktur berpotensi dan memahami waktu ikan aktif.

Acara ‘Long Cast’ pula turut menjadi antara pengisian yang mencuri perhatian. Peserta mengambil posisi sebelum menghayun joran dengan penuh tenaga bagi menghasilkan lontaran paling jauh.

Image from: ‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ buru ‘snakehead’
SeramaI 100 orang peserta menghadiri acara ‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ edisi 5.0.

Walaupun kelihatan ringkas, namun cabaran tersebut memerlukan gabungan teknik, keseimbangan dan ketepatan. Kesilapan kecil ketika menghayun joran atau melepaskan tali boleh menjejaskan jarak lontaran.

Bagi memeriahkan program, pihak penganjur turut menyediakan 30 cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik sebagai penghargaan kepada peserta yang hadir memberikan sokongan.

Acara Casting Mencari Saiz Idaman me­nawarkan hadiah utama berupa kekili DMK Cheetah Limited Edition. Naib juara membawa pulang kekili Seahawk Bass Combat, manakala tempat ketiga menerima Reel Seahawk FireFly. Bagi kategori ‘Long Cast’, juara membawa pulang sebatang joran Team Seahawk Randuk Wild Hunt.

Menurut pihak penganjur, program ini dianjurkan bagi memperkukuh hubungan dalam komuniti pemancing teknik casting, selain memupuk budaya memancing secara sihat, beretika dan bersemangat kesukanan.

Program ini turut memberi peluang kepada pemancing baharu untuk mempelajari teknik serta bertukar pandangan dengan pemancing lebih berpengalaman.

Kejayaan edisi kelima ini membuktikan semangat komuniti pemancing snakehead terus berkembang. ‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ kini menjadi antara acara yang dinanti-nantikan, menghimpunkan peman­cing daripada pelbagai latar belakang melalui minat terhadap dunia casting.

The post ‘Komplot Mencari Saiz Idaman’ buru ‘snakehead’ appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved