Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

4 Sep 2024 • 9:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.

Affan, 24 adalah komposer lagu MADANI Jiwa Merdeka iaitu lagu rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

Lagu berkenaan adalah garapan Pengarah Muzik Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail dan dinyanyikan oleh penyanyi, Amir Masdi.

Affan ketika ditemui selepas istiadat berkenaan berkata, beliau bersyukur dan terharu kerana terpilih menjadi penerima anugerah berkenaan.

"Agak terkejut pada awalnya berikutan calon lain lebih berkelayakan dan profesional, bagaimanapun, Alhamdulillah ini rezeki saya.

"Ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk keluarga serta orang sekeliling yang banyak menyokong saya selama ini," kata graduan Sarjana Muda Seni Muzik Komposisi itu.
















Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved