Komuniti adat Sabah luah rasa terima kasih

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 1:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Kota Kinabalu: Komuniti adat di negeri ini amat berterima kasih kepada bantuan yang akan diberi oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan, khususnya dalam membantu pengurusan sekolah adat orang asal Sabah.

Presiden Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah Shalmon Sanangan berkata, usaha murni kerajaan Madani di peringkat Persekutuan dan kerajaan Sabah Maju Jaya dalam memartabatkan warisan adat adalah amat dialu-alukan.

Advertisement“Bantuan yang diberi mendapat pengiktirafan dan pujian daripada pelbagai pihak, khususnya komuniti adat di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shalmon melahirkan penghargaan mendalam atas komitmen luar biasa kedua-dua kerajaan dalam memastikan kelangsungan adat, budaya dan bahasa etnik Sabah yang semakin terancam.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Pada majlis makan malam amal yang dianjurkan awal minggu ini yang turut menyaksikan pelancaran Tabung Pendidikan Sekolah Adat Anak Negeri Sabah, respons Kerajaan itu adalah bukti nyata sokongan padu mereka kepada komuniti orang asal.

Katanya, acara tersebut bukan sahaja berjaya mengumpul dana untuk pembangunan infrastruktur Sekolah Adat, malah memperkukuhkan semangat kebersamaan antara kerajaan, masyarakat dan sektor akademik dalam memelihara identiti etnik Sabah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami amat bersyukur dengan keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Kejayaan ini menjadi bukti betapa pentingnya usaha kolektif dalam melestarikan warisan budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah,” tambahnya.

Dalam ucapannya pada malam itu, Shalmon merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, atas kesungguhan dan komitmennya terhadap pembangunan Sekolah Adat.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Katanya, bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri bukan sahaja menyediakan infrastruktur yang lebih baik tetapi juga memberi dorongan dalam usaha memastikan warisan etnik Sabah terus dipelihara.

“Komitmen Ketua Menteri menunjukkan bahawa kerajaan negeri serius dalam memperjuangkan kelangsungan adat dan budaya tempatan, sejajar dengan visi Sabah Maju Jaya,” tambah beliau.

Sementara itu, pengumuman dana tahunan oleh kerajaan Persekutuan yang disampaikan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, turut mendapat pujian.

Dana ini yang bakal memberi manfaat kepada pelaksanaan 19 mata pelajaran panduan di Sekolah Adat, dilihat sebagai langkah strategik untuk memastikan bahasa ibunda, adat dan budaya etnik dapat terus diwariskan kepada generasi akan datang.

Sumbangan ini kata Shalmon, sangat bermakna dan memberi motivasi kepada mereka untuk terus memperkasakan pendidikan adat.

“Ia adalah lambang keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap usaha memelihara keunikan warisan budaya Sabah,” katanya.

Pada masa sama, kerjasama strategik antara Sekolah Adat dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui ikatan dalam Makmal Hidup Sabah Native Customary School turut memperkukuh usaha ini.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor diiktiraf atas peranan penting universiti tersebut dalam menyokong agenda pemeliharaan adat dan budaya.

Menurut Shalmon, kerjasama ini tidak hanya menjadikan Sekolah Adat sebagai pusat pembelajaran, tetapi juga sebagai pusat rujukan budaya yang progresif.

Beliau menegaskan, gabungan komitmen antara kerajaan negeri dan Persekutuan dengan sokongan sektor akademik dan Masyarakat adalah contoh terbaik kepimpinan yang memahami dan menghargai keperluan rakyat.

“Ini adalah kerajaan terbaik yang pernah kita miliki. Kesungguhan mereka untuk memelihara identiti etnik yang semakin pupus adalah sesuatu yang amat kami hargai,” katanya.

Ini termasuklah sokongan kerajaan kepada usaha mendaftarkan Sekolah Adat ke tahap yang lebih tinggi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bahagian Sains, Pendidikan dan Budaya (Unesco).

Jika berjaya didaftarkan, Sekolah Adat Anak Negeri Sabah akan menjadi yang pertama di Malaysia dan menjadi negara kedua di Asia Tenggara dalam kategori Amalan Baik PerlindunganTradisi (Good Safeguarding Practices).

Dengan langkah-langkah yang diambil, masa depan warisan adat Sabah dilihat lebih terjamin dan bakal menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

“Malah Sabah akan menjadi contoh dan panduan kepada negeri-negeri lain dalam usaha berkaitan dengan memartabatkan adat dan budaya mereka,” jelasnya.