Komuniti Old Money buat perjumpaan, netizen tanya bergambar di kedai perabot mana?

LocalEntertainment
16 Nov 2024 • 12:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Komuniti Old Money

Komuniti Old Money yang ditubuhkan oleh pempengaruh, Andika Putera nampaknya telah membuat perjumpaan kali pertama dan berkongsi gambar mereka dengan stail tersebut di media sosial.

Perjumpaan kali pertama

Menerusi TikTok oldmoneyclub.my, mereka telah mengucapkan syukur kerana dapat melakukan pertemuan buat kali pertama selepas komuniti tersebut dibentuk.

image is not available

Komuniti Old Money bersyukur dapat bertemu

Dalam gambar yang disertakan, dapat dilihat Andika berpakaian kemas berdiri ditengah kelompok yang berpenampilan separa formal dengan raut wajah serius.

Kapsyen yang disertakan pula menyatakan rasa syukur dengan perjumpaan tersebut dan memuji semua yang hadir adalah insan-insan yang hebat.

“Alhamdulillah. Done gathering for tonight.

“Thank you kepada yang attend malam ni, korang semua orang-orang hebat,” tulisnya.

Komuniti Old Money tapi ada kata macam intern kedai perabot

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen lebih-lebih lagi melihat lokasi pertemuan mereka yang dipenuhi dengan bingkai cermin di belakangnya.

Ada juga yang bertanya sama ada mereka bergambar di kedai perabot atau bukan kerana lokasinya seakan seperti di premis tersebut.

image is not available

Ambil gambar dekat kedai perabot mana?

image is not available

Dah jadi tauke kedai perabot ke?

image is not available

Banyaknya cermin belakang tu

image is not available

Nak jadi old money tapi takde money hmmm

Komen-komen lain dari netizen di TikTok akaun oldmoneyclub.my itu juga cukup mencuit hati kerana terhibur dengan tahap percaya diri mereka yang memperjuangkan fesyen tersebut walaupun teruk dikritik sebelum ini.

image is not available

Macam budak tingkatan 1 masuk asrama

image is not available

Rupa pengawas sekolah pun ada juga

image is not available

Meniaga di Nilai 3 ke?

image is not available

Terdahulu, komuniti yang digerakkan Andika Putera itu telah mendapat kecaman netizen di media sosial kerana berasa aneh melihat pemakaian sebegitu lebih-lebih lagi sewaktu video dirinya dan komuniti yang dibangun berjalan di tengah Kuala Lumpur dengan mengenakan sut lengkap serta berbaju sejuk ketika cuaca panas terik.

Sumber: TikTok oldmoneyclub.my