“Kondo Mewah Tapi Yang Duduk Tak Bertamadun” – ‘Pad’ & Kondom Terpakai Dibuang Merata, Dah Setahun Tapi Tiada Tindakan Diambil

25 Jan 2023 • 4:12 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tempat tinggal rakyat berpendapatan rendah atau golongan B40 sering kali ada pelbagai permasalahan seperti budaya ‘cop parking’, kebersihan tak dijaga, vandalisme dan sebagainya.

image is not available 4 bulan lalu

"Flat Memang Macam Ni" - Bukan Setakat Sampah, Penduduk Terlalu Pengotor Buang 'Pad' Dah Diguna Ke Bawah

Namun, baru-baru ini tular tentang sikap segelintir penduduk kondominium mewah yang tidak menjaga kebersihan dan tidak bertanggungjawab.

Menerusi hantaran di Twitter, para penduduk kondominium tersebut telah membuat aduan tentang perangai segelintir daripada mereka yang selamba membuang tuala wanita dan kondom terpakai.

Difahamkan, keadaan itu telah berlaku sejak setahun yang lepas dan sehingga kini pelaku masih belum tertangkap membuatkan ramai jiran berang.

Ramai penduduk tidak berpuas hati apabila pihak pengurusan kondominium masih gagal untuk mengesan pihak yang melakukan tindakan tidak bermoral sebegitu.

Rata-rata netizen yang melihat gambar di hantaran itu mengkritik tindakan si pelaku yang tidak mempunyai ‘common sense’ dan menyusahkan orang lain.

Bukan itu sahaja, segelintir daripada mereka akui tidak sangka masalah sebegitu turut berlaku di kondominium mewah yang didiami golongan berpendapatan tinggi.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

View Original Article