Konflik Asia Barat: Penerbangan balik jemaah haji ditunda atas faktor keselamatan – TH

24 Jun 2025 • 5:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan beberapa penerbangan pulang jemaah haji ditunda sekurang-kurangnya 24 jam atas faktor keselamatan dan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.

Menurut TH, penjadualan semula itu dibuat berdasarkan nasihat keselamatan daripada syarikat penerbangan dan bagi menyesuaikan operasi dengan keadaan semasa di lapangan.

“Beberapa penerbangan balik jemaah akan dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan bagi menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat,” kata TH dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Penerbangan balik jemaah haji ditunda

Dua penerbangan carter haji yang terlibat ialah KT043 (MH8301) dari Madinah ke Kuala Lumpur dan KT034 (MH8291) dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

“Kedua-dua penerbangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik,” jelas kenyataan itu lagi.

image is not available

image is not available

Setakat ini, sebanyak 39 penerbangan carter haji telah selamat tiba di tanah air, manakala 61 penerbangan lagi masih berbaki.

Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber: FB Tabung Haji