2 Penerbangan Jemaah Haji Ditunda Atas Faktor Keselamatan

24 Jun 2025 • 5:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa penerbangan balik jemaah haji Malaysia akan dijadualkan semula atas nasihat keselamatan syarikat penerbangan dan menyesuaikan dengan perkembangan semasa operasi penerbangan di Asia Barat.

Menurut Tabung Haji dalam satu kenyataannya hari ini, penerbangan yang dijadualkan semua adalah KT043 (MH8301) yang sepatutnya berlepas dari Madinah hari ini pada jam 5.10 pagi dan juga penerbangan KT034 (MH8291) yang juga sepatutnya berlepas hari ini dari Jeddah pada jam 6.40 pagi.

“Kedua-dua penerbangan carter haji di atas telah ditunda sekurang-kurangnya 24 jam daripada jadual asal. Penjadualan baharu sedang disusun dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa, termasuk penyelarasan trafik udara dan keperluan logistik.”

image is not available

Jelasnya lagi, kesemua jemaah yang terlibat dalam penjadualan semula ini telah ditempatkan sementara di hotel sekitar Jeddah dan Madinah bagi memastikan kebajikan dan keselesaan mereka.

“Setakat ini sebanyak 39 penerbangan carter haji telah tiba di tanah air dengan baki 61 penerbangan lagi.”

Sebarang perkembangan lanjut termasuk perubahan jadual oleh syarikat penerbangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.