Konflik Iran-Israel: Trump Akan Putuskan Penglibatan AS Dalam Masa Dua Minggu

WorldPolitics
20 Jun 2025 • 12:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Konflik Iran-Israel: Trump Akan Putuskan Penglibatan AS Dalam Masa Dua Minggu

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan membuat keputusan sama ada akan menyertai serangan Israel terhadap Iran dalam tempoh dua minggu, lapor AFP.

Menurut kenyataan rasmi yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, Trump berkata terdapat peluang besar untuk rundingan dengan Iran, justeru beliau akan menangguhkan keputusan ketenteraan buat masa ini.

“Berdasarkan realiti bahawa masih terdapat peluang besar untuk rundingan. Sama ada berlaku atau tidak dalam masa terdekat. saya akan membuat keputusan sama ada untuk bertindak atau tidak dalam tempoh dua minggu akan datang.

Kenyataan itu hadir selepas beberapa hari spekulasi sama ada AS akan terlibat secara langsung dalam konflik berterusan antara Israel dan Iran.

Rumah Putih menyatakan, langkah Trump itu bukan satu bentuk penangguhan, sebaliknya ruang bagi diplomasi.

“Jika ada peluang untuk diplomasi, Presiden Trump akan rebut peluang tersebut. Tetapi beliau juga tidak gentar untuk menggunakan kekuatan ketenteraan jika perlu,” tegas Leavitt.

Dalam sidang media yang sama, Leavitt turut menyatakan kebimbangan berhubung kemampuan Iran menghasilkan senjata nuklear dalam tempoh beberapa minggu jika mendapat arahan daripada pemimpin tertingginya.

“Iran mempunyai semua keperluan teknikal untuk menghasilkan senjata nuklear. Yang tinggal hanyalah keputusan daripada Pemimpin Tertinggi, dan proses penghasilan itu boleh disiapkan dalam beberapa minggu,” katanya.

Bagaimanapun, Iran menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa program nuklear negara itu hanyalah untuk tujuan aman.

Dalam pada itu, Rumah Putih turut menekankan bahawa hanya Amerika Syarikat memiliki keupayaan ketenteraan untuk memusnahkan kemudahan pengayaan nuklear bawah tanah Iran di Fordo, melalui penggunaan bom khas jenis “bunker buster”.

“Kami memiliki keupayaan yang tiada pada mana-mana negara lain di dunia,” kata Leavitt

Trump kini sedang bersiap untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Belanda minggu hadapan

Sumber: AFP