
TAMBUNAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan projek sakit yang melibatkan fasiliti kesihatan di seluruh negara.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, mesyuarat itu dijangka meneliti status semasa projek-projek yang terbengkalai atau mengalami kelewatan selain merangka langkah penyelesaian untuk memastikan pelaksanaannya dapat diteruskan demi kepentingan rakyat.
“Kita mahu setiap projek yang dirancang dapat disiapkan dan memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat, khususnya penduduk luar bandar yang sangat memerlukan akses kepada kemudahan kesihatan yang berkualiti,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Klinik Kesihatan Sunsuron di Tambunan, Rabu.
Menurut beliau, KKM sentiasa komited untuk memastikan setiap kemudahan kesihatan yang dirancang dapat memberikan manfaat secara menyeluruh dan meningkatkan tahap kesihatan masyarakat.


