Kongsi Amalan Berdoa, Neelofa Dedikasi Satu Doa Khusus Dalam Setiap Sujud - “Kalau Solat 4 Rakaat, Saya Akan…”

7 Apr 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa berkongsi amalan berdoa yang diamalkannya setiap kali bagi memanjatkan sesuatu daripada Allah S.W.T.

Doa khusus

Menerusi video di TikTok, selebriti berusia 35 tahun ini memberitahu dia akan dedikasikan satu doa khusus dalam setiap sujud ketika mendirikan solat fardhu dan sunat.

 

"Setiap sujud yang saya buat, saya akan mohon satu doa. Doa yang mudah seperti ‘Ya Allah berikan anak aku selera makan, bagilah dia sihat dengan masakanku’.

 

"Setiap doa itu saya akan ulang dalam setiap sujud, jadi kalau solat empat rakaat, saya akan ulang doa yang sama sebanyak lapan kali. Saya akan dedikasi satu doa dalam setiap solat,” katanya.

Neelofa berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah saluran podcast yang dikendalikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di YouTube.

Cara tadah tangan

Tambah isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz itu, cara manadah tangan ketika berdoa yang terbaik adalah dengan mencamtumkan garisan pada kedua tapak tangan.

 

"Camtumkan dua garis pada tapak tangan, angkat dan minta pada Allah. Apabila dengan posisi sebegitu, badan kita akan jadi ‘humble’,” ujarnya lagi.

@n_izzah_anwar Edisi Khas, bukan lagi Ramadan, tapi Syawal telah melabuhkan tirai nya dengan episod terakhir ! Perkongsian sisi peribadi, hijrah, dakwah dan kesederhanaan dalam meraikan Syawal bersama Hajah @neelofa ❤️ Link di bio! #fyp #fypシ #foryou #fypage #aidilfitri #doa #BicaraRamadan #aidilfitri2025 #neelofa #hijrah ♬ Sad song by piano and violin(886018) - NOVA