Kongsi Beberapa Lakaran ‘Pelik’ Di Instagram, Posting Terbaharu Lee Zii Jia Buat Ramai Risau

Entertainment
4 Jul 2025 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Posting terbaharu Lee Zii Jia di akaun Instagram miliknya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat badmintan negara.

Pemain perseorangan lelaki negara itu berkongsi beberapa lakaran ‘pelik’, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai maksud di sebalik perkongsian tersebut.

Posting tersebut memaparkan beberapa ilustrasi hitam putih tanpa sebarang penjelasan atau kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)

Netizen luah risau

Perkongsian posting misteri itu kini mengumpul lebih 76,000 tanda suka dan 1,600 komen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan seperjuangan meluahkan kerisauan namun pada masa yang sama menitipkan kata-kata semangat kepada Zii Jia untuk tabah menghadapi dugaan yang sedang beliau lalui.

Ramai yang memberikan sokongan moral buat wira badminton itu dan berharap beliau terus kuat dan tidak berputus asa.

image is not available image is not available image is not available

Menurut laporan, kali terakhir pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu beraksi adalah di Kejohanan Seluruh England pada Mac lalu.

Difahamkan, juara Seluruh England 2021 itu hanya beraksi dalam dua kejohanan tahun ini selepas kecederaan buku lali kanan yang dialaminya di Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.

Sama-sama kita doakan semoga Zii Jia terus bangkit dengan lebih kuat.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.