Kongsi benda baik susah dapat perhatian, punca Iqbal pilih jadi ‘nakal’

6 Jul 2023 • 4:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak berita tentang seorang anggota polis wanita berpangkat inspektor dikatakan sedang mencari jodoh, nama usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli telah menjadi perdebatan ramai.

Dia dikatakan sedia untuk melamar inspektor tersebut dan mengatakan memang sukakan wanita yang garang untuk dijadikan pasangan.

Punca suka jadi nakal

Namun begitu, selepas pelbagai berita tentang dirinya dan juga inspektor tersebut diperkatakan netizen, ramai yang mulai kurang senang.

Menjengah ke Insta Story Iqbal, dia menyatakan salah satu punca dia menjadi sedikit ‘nakal’ adalah disebabkan lebih mudah mendapat perhatian berbanding isu-isu baik mengenai dirinya.

 

image is not available

Pernah kongsi ‘benda baik’ tapi tak dapat perhatian

Dia juga telah memuat naik keratan artikel ‘perkara baik’ yang pernah dikongsikannya namun sukar mendapat perhatian seperti isu berkenaan peribadinya.

image is not available

Kontroversi-kontroversi yang melibatkan nama usahawan muda itu kerap menjadi perhatian apabila dia juga tidak lokek mengutarakan pandangan peribadi di media sosial.

Namun begitu, ramai sahaja yang merasakan Iqbal hanya bergurau dan sekadar mencuri sedikit perhatian berkenaan isu-isu viral yang sedang berlegar-legar ketika ini.

Sumber: Instagram ahmadiqbalzulkefli