Kongsi Detik Perkenalan, Netizen ‘Jijik’ Tengok Video ‘Sweet’ Hafidz Roshdi Untuk Athira Yuhada – “Geli! Acah Terpaling Setia”

Entertainment
18 Dec 2023 • 4:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak mendirikan rumah tangga hujung minggu lalu, nama pelakon Hafidz Roshdi dengan isterinya, Athira Yuhada menjadi bualan hangat di media sosial.

Ramai yang mengutuk pasangan itu terutamanya kerana dikatakan seperti tidak tahu malu mengadakan majlis perkahwinan selepas menganiaya Shu Shukri.

Rata-ratanya memerli aktor tersebut mengatakan dia tiba-tiba waras untuk berkahwin dan Athira pula mendapat kritikan hebat kerana mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum ini, sehinggalah kini dia ‘berjaya’ merampas Hafidz sepenuhnya.

image is not available

Sementara itu, pasangan tersebut bagaimanapun seperti tidak langsung terkesan dengan kecaman orang ramai malah Hafidz sendiri baru sahaja memuat naik video tentang kisah cinta mereka berdua.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Hafidz menceritakan tentang detik pertemuan mereka pada usia 13 tahun ketika masih di bangku sekolah.

Hafidz turut berkongsi gambar-gambar mereka sepanjang perkenalan dari usia 13 hingga 21 tahun namun video berkenaan mengundang pelbagai respon warganet.

Bagaimanapun, pelakon itu telah pun memadam video berkenaan daripada akaun Instagram namun ia sudah dimuat naik semula di Twitter dan TikTok.

Ramai warganet mengkritik Hafidz kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu namun boleh pula berkahwin dengan wanita lain sehingga mempunyai dua cahaya mata.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available 22 hours ago

(VIDEO) "Mak Doa Kamu Berdua Bahagia Hingga Ke Jannah, Mak Sayang Dua Dua!" - Ibu Hafidz Roshdi Teruja Dapat Menantu Baru