“Terpaling Bangga Video ‘Throwback’, Anak Dua Masih Tak ‘Move On’ Lagi” – Bertubi-Tubi Hafidz Roshdi Kena Kecam, Netizen Simpati Nasib Anak-Anak

Entertainment
18 Dec 2023 • 6:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

“Kalau orang kongsi takpe, ni tuan badan yang share” , begitulah komen-komen warga maya gara-gara video ‘throwback’ percintaan Hafidz Roshdi dan isterinya, Athira Yuhada yang dimuat naik di laman Instagram pelakon itu sebentar tadi.

Dalam video tersebut, Hafidz ada memuat naik foto ketika dia di bangku sekolah bersama-sama Athira sehinggalah dia meningkat dewasa dan akhirnya bertemu jodoh di jinjang pelamin.

Meskipun Hafidz menutup ruangan komen hantaran video berkenaan, netizen ‘ringan tangan’ memuat kembali video tersebut di platform media sosial yang lain seperti di Forum, X dan Facebook.

Ia kemudian menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pelakon itu.

Kata netizen, Hafidz seperti tidak menghormati perasaan bekas isteri dan anak-anaknya, Humairah dan Umar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib anak-anak gara-gara konflik dan episod rumah tangga yang berlaku antara Hafidz dan bekas isteri Shuhada, sehinggalah ke episod baru perkahwinannya bersama Athira.

image is not available

Seolah-olah tidak merestui, netizen kebanyakannya mengucapkan doa yang baik-baik kepada bekas isteri Hafidz dan berharap wanita itu menemui jodoh yang lebih baik kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

Kongsi Detik Perkenalan, Netizen 'Jijik' Tengok Video 'Sweet' Hafidz Roshdi Untuk Athira Yuhada - "Geli! Acah Terpaling Setia"