Kongsi Foto Bersama, Bukti Cinta Ameera Khan Dengan Jefri Nichol Masih Utuh - “Best Surprise Ever”

15 Apr 2025 • 6:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian foto pempengaruh Ameera Khan bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang dikongsikan di laman Instagram miliknya membuktikan hubungan cinta mereka masih kuat.

Kejutan istimewa

Menerusi perkongsian tersebut, Ameera atau lebih dikenali sebagai LMK memberitahu kekasih hatinya membuat kejutan istimewa untuknya.

 

“Kejutan yang paling terbaik (best surprise ever),” tulisnya secara ringkas di perkongsian tersebut.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat pasangan itu selain turut meninggalkan komen mengenai penampilan Jefri yang kelihatan tidak terurus disebabkan kekasihnya merajuk.

“Ini Ameera baru merajuk, Jefri dah serabai dah tengok. Kalau break tak tahulah lagu mana rupa Jefri. Tapi tetap ganteng.

 

“Mata lu kelihatan penat abang, belum istirahat langsung terbang demi pujaan hati.

 

“Jefri terlihat sangat berbeza semenjak sama yang ini. Berbeza in a good way… semoga berjodoh ya kalian,” komen netizen.

 

Sebelum ini, Ameera dikatakan sudah tidak lagi mengikuti laman sosial Jefri sehingga menimbulkan spekulasi hubungan cinta mereka sudah berakhir.