Kongsi foto potong kek bersama cucu, catatan terakhir Pyanhabib undang sebak

5 Jun 2024 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pyanhabib

Penyair dan pelakon popular, Pyanhabib meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang pada jam 9.30 malam semalam, kira-kira seminggu selepas menyambut hari lahir ke-66.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Pyanhabib di Facebooknya, catatan terakhir yang ditulis sempena ulang tahun kelahirannya ke-66 pada 27 Mei lalu undang sebak ramai.

Pyanhabib

image is not available

Dalam perkongsian itu, Pyanhabib atau nama sebenarnya Mohd Supyan Abdul Rahman turut berkongsi foto bersama isteri dan dua orang cucu mereka sambil memotong kek hari jadi.

“27 Mei (1958). Genap usia saya 66 tahun. Cucu minta potong kek, saya pun potong kek. Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun dan saya hidup pada usia subsidi diberi Allah. Allahu!” Katanya.

Pyanhabib

image is not available

Peminat zahir ucapan takziah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah dan mendoakan Allahyarham Pyan Habib ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

image is not available image is not available

Arwah pernah tolak anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pyanhabib juga pernah menjadi bualan hangat ramai apabila beliau menolak anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam filem Kembara Seniman Jalanan pada Pesta Filem Malaysia ke-6 1986.

“Terima kasih kepada para juri, kerana sudah memilih saya sebagai hadiah khas. Tetapi saya datang sini sebagai diri saya, peribadi.

“Sebagai pelakon saya terima tetapi sebagai peribadi, saya tak terima hadiah (anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik). Ini untuk agama sahaja,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Facebook @Pyanhabib Rahman, X @farhanazahan