Kongsi Gambar Berbaju Sedondon Sekeluarga, Nina Ismail Sabri Terima Ucapan Tahniah?

Entertainment
23 Jul 2024 • 4:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri iaitu Nina Sabrina telah mengakhiri perkahwinannya dengan pereka fesyen serta usahawan terkenal, Jovian Mandagie.

Mereka berdua bercerai pada Ogos tahun lepas dan perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

Terbaru, Nina yang juga seorang personaliti media sosial dan usahawan itu menerusi laman Instagram miliknya memuat naik beberapa gambar dia dan keluarganya serta seorang jejaka yang dikenali sebagai Hafiz.

Gambar itu memaparkan kesemua mereka memakai baju sedondon serba putih dan kelihatan mereka begitu mesra.

Dalam hantaran itu, Nina hanya menggunakan kapsyen emoji white heart dan ruangan komen posting itu dipenuhi dengan ucapan daripada rakan artis serta netizen.

image is not available

Malah, ada juga yang meninggalkan komen seakan memberi bayangan Nina bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka tersebut.

Wah sama-samalah kita doakan Nina ok guys!

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved