Kongsi gambar bersama, Bella Astillah titip ucapan hari lahir buat Syed Saddiq

LocalEntertainment
8 Dec 2025 • 10:55 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ucapan hari lahir daripada pelakon dan penyanyi Bella Astillah buat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-33 pada 6 Disember lalu undang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah di Instagram, dia mendoakan agar pemimpin muda itu melalui hari-hari mendatang dengan penuh kebaikan dan sokongan daripada orang sekeliling.

Bella Astillah titip ucapan hari lahir

image is not available
image is not available

“Selamat Hari Lahir YB Syed Saddiq.
“Semoga hari-hari yang mendatang sentiasa baik dengan awak, penuh dengan kasih sayang, sokongan, dan orang-orang yang membawa kebaikan dalam hidup awak.
“Awak layak terima segala yang baik, insyaAllah,” kata Bella.

Ucapan manis itu turut mendapat perhatian daripada Syed Saddiq yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Bella yang sentiasa berada di sisinya.

Bella Astillah titip ucapan hari lahir

image is not available image is not available image is not available

“So formal nak ber “YB”
“Awak memang yang paling baik dan paling manis. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya,” balas Syed Saddiq sambil meninggalkan emoji ‘love’.

Sekadar info, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 2016 dan bercerai dengan talak satu pada 13 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, Bella kini dilihat semakin rapat dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sejak mereka sering bekerjasama dalam pelbagai projek.

Sumber: Instagram @Bella Astillah