Kongsi gambar main ‘basketball’, penampilan seksi Fathia Latiff buat netizen mengucap

Entertainment
22 Apr 2024 • 12:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon sensasi, Fathia Latiff sering menjadi bualan hangat ramai berkaitan perubahan penampilannya yang sudah tampil tidak bertudung di khalayak ramai.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fathia di laman Instagramnya, dia yang berkongsi beberapa gambar sedang bermain bola keranjang telah menarik perhatian ramai.

Fathia Latiff

Menerusi gambar tersebut, Fathia memakai pakaian ketat berwarna hijau hingga menampakkan lurah dadanya dan foto itu dikongsikan menerusi beberapa hantaran secara berasingan

Fathia Latiff

image is not available

Mengucap netizen tengok!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan seksi pelakon yang berusia 37 tahun itu yang dilihat semakin berani mendedahkan auratnya di laman sosial.

image is not available image is not available

Bagi kami fokus kes Aliff Aziz dulu!

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang sempat berseloroh meminta Fathia supaya tidak berkongsi hantaran yang mengundang kecaman memandangkan mereka sedang fokus terhadap isu Aliff Aziz pada ketika ini.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Fathia yang juga merupakan pelakon popular menerusi drama Ariana Rose mendapat hidayah Allah dan kembali menutup aurat seperti dahulu.

image is not availableimage is not available

Sumber: Instagram @Fathia Latiff