Kerap Berkongsi Gambar Keluarga Di IG, Anak Gadis Nia Ramadhani Jadi Sorotan Netizen

26 Mar 2024 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selebriti Indonesia, Nia Ramadhani memuat naik beberapa hantaran di laman sosial Instagram yang menjadi bualan netizen apabila anak gadisnya dilihat semakin dewasa dan dikatakan memiliki paras rupa seperti dirinya.

Menerusi laporan Liputan6, pelakon berusia 34 tahun itu kerap berkongsi gambar bersama keluarga sekali gus membuatkan netizen mengikuti perkembangan kehidupan anak-anaknya.

image is not available

Foto: IG @ramadhaniabakrie

“Dimana kehidupan bermula dan kasih sayang yang tidak akan berakhir,” katanya.

Nia dilaporkan sedang melakukan kolaborasi bersama sebuah jenama pakaian yang menampilkan busana khas sempena raya aidilfitri sekali gus mempromosikan busana tersebut melalui hantaran di akaun Instagramnya.

Bertemakan warna hitam yang menampilkan rekaan dari jenama pakaian tersebut, Nia sekeluarga dipuji netizen dan dikatakan sesuai mengenakan busana tersebut.

 

image is not available

Foto: IG @ramadhaniabakrie

Sementara itu, anak gadis Nia, Zalindra Bakrie juga menarik perhatian netizen kerana semakin dewasa malah dikatakan memiliki paras rupa yang cantik seperti ibunya sendiri selain memiliki postur badan yang tinggi.

Melalui beberapa hantaran gambar di laman sosial Instagram milik artis tersebut, rata-rata netizen memuji penampilan Nia sekeluarga memakai busana khas raya itu.

Mikha mirip bapanya..

image is not available

Ardi dan anak lelakinya tak kalah ganteng..

image is not available

Mikha cantik sekali !

image is not available

Untuk makluman, Nia Ramadhani berkahwin semasa usianya 20 tahun dengan seorang pengerusi stesen televisyen, Ardiansyah Bakrie pada 1 April 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Liputan6