Sharifah Sakinah Undang Kontroversi, Pakai Baju ‘Melekat’ Sambil Dukung Anjing

Entertainment
30 Jan 2024 • 2:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Apa hal pula Sharifah Sakinah ni? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba namanya kembali hangat diperkatakan gara-gara memuat naik video mendukung seekor anjing.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelakon itu dilihat memakai pakaian ketat menari-nari dengan anjing comel berwarna putih dengan tompokan hitam.

Sharifah Sakinah dukung anjing comel

image is not available

Difahamkan, video itu diambil ketika Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired sedang bercuti di Bali, Indonesia.

image is not available

Rakaman itu kemudian tular di media sosial dan menerima reaksi negatif daripada orang ramai. Netizen menganggap pelakon itu tidak sensitif dengan statusnya yang beragama Islam.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.