Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

26 Sep 2024 • 12:31 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian di Instagram Story milik anak perempuan kepada Abby Abadi, Marissa Dania meraih perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada pihak yang membencinya atau ‘haters’.

Tak Sekat Semua

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat Marissa menyatakan tidak wajar bagi dirinya untuk menyekat semua ‘haters’ di media sosialnya.

Jelas Marissa, beberapa individu yang tidak disekat boleh menjadi ‘mata’ untuk menyampaikan sesuatu berita kepada pihak lain.

"Jangan sekat semua orang benci awak...

"Jangan sekat semua orang benci awak (your haters), biarkan satu atau dua. Jadi mereka boleh menyampaikan semula kepada pihak atas yang lain (headquaters),” tulis Marissa.

image is not available

Bagaimanapun, entri yang dikongsi tersebut tidak diperincikan ditujukan kepada siapa.

Nama Marissa Dania sebelum ini hangat disebut selepas terpalit dengan isu poligami.

Untuk info, Marissa mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka bernama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua.

Mereka dilaporkan bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga masing-masing sekali gus mengejutkan ramai pihak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved