“Takut, tapi comel” – Gajah Bawa Anak ‘Ceroboh’ Rumah Jadi Buah Mulut Netizen

Entertainment
30 Apr 2023 • 11:52 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gajah adalah mamalia terbesar atas darat di dunia. Sebagai haiwan liar yang memiliki fizikal yang besar, kehadiran gajah di tempat yang bukan sepatutnya pasti membuatkan kita takut.

Baru-baru ini, tular di media sosial seekor gajah merempuh pintu pagar sebuah rumah. Selepas gajah itu merempuh pagar rumah tersebut, anaknya turut sama masuk ke dalam kawasan rumah itu.

Tidak pasti apa yang dicari oleh dua ekor gajah itu, tapi insiden itu agak merisaukan kerana gajah itu tidak berada di habitat asalnya iaitu di hutan. Korang boleh tengok insiden gajah rempuh pagar rumah tu dalam video @akubudakkluang di bawah.

Takut tapi nampak comel

Seumur hidup min, tak pernah jumpa lagi gajah secara depan-depan kecuali dekat zoo. Kalau tengok video ni, gajah tu nampak macam comel, tapi kalau dah datang depan mata macam tu, cuak gak weh.

image is not availableRaya kan sebulan. Gajah tu datang nak ziarah tuan rumah lah tu. Tapi dah orang tak buka pintu, yang pergi rempuh pagar tu dah kenapa.

image is not availableYe lah kan, nampak lembut je gajah tu rempuh pagar. Dua kali tolak je terus runtuh pagar tu. Kuat betul, walaupun tolak slow-slow je.

image is not availableMungkin tuan rumah ada buat apa-apa kat gajah ni. Kalau memang betul gajah ni haiwan yang pendendam, mesti tuan rumah ada urusan yang tak setle dengan gajah ni. Sebab tu datang rempuh pagar rumah.

image is not availableRaya pun belum habis dah kena fikir pasal pagar rumah. Nanti kalau dah pasang, datang pulak sekali lagi gajah ni rempuh pagar. Pening kepala tuan rumah nak repair pagar.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.