Kongsi Rutin Pagi, Netizen Kurang Senang Tengok Pakaian & Bentuk Kaki Andika Putera - “Tahajud Semua Elok Dah, Kenapa Pakai…”

7 Jul 2025 • 3:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tular di platform Threads video memperlihatkan pempengaruh sensasi Andika Putera yang berkongsi rutinnya setiap pagi.

Rutin pagi

Menerusi video yang dimuat naik semula di Threads itu, Andika sedang melakukan senaman ‘skipping’.

 

“Rutin pagi. Tahajud, zikir, solat, selawat, Quran, skipping dan gym,” tulis di video tersebut.

 

Bagaimanapun apa yang menjadi perbualan hangat netizen adalah pakaian yang dipakai Andika selain bentuk kakinya.

Pemakaian & kaki

“Nampak lain betul dulu dan yang sekarang. Makin pelik rupa dia. Ni bukan nak judge ke apa tapi serius nampak pelik.

 

“Kaki dia cantik kalau perempuan la, tapi sebab dia lelaki terus macam pondan.

 

“Kadang aku tak faham orang yang pemikiran macam ini. Tahajud okay, zikir okay. Masa buat konten pun pakai cincin zikir walaupun tengah tak zikir. Selawat okay.  Quran okay. Lepas itu pakai seluar ketat macam ini rakam tunjuk kat semua orang. Macam ini ke orang yang tak tahu malu?

 

“Bro tahajud bagai semua elok dah… kenapa pakai pakaian yang Allah haram kan?” komen beberapa netizen.

Malah komen yang ditinggalkan penyanyi rap dan pempengaruh Caprice juga menarik perhatian netizen.

 

“Adakah ini AI?” tulisnya secara ringkas.