Kongsi Swafoto Lepas Selesai Tugas Di MotoGP, Wargamaya Tertarik Dengan Jam Tangan Siti Nurhaliza

3 Nov 2026 • 8:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Kongsi Swafoto Lepas Selesai Tugas Di MotoGP, Wargamaya Tertarik Dengan Jam Tangan Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas berkongsi sekeping swafoto sebaik sahaja selesai menjalankan tugas di acara MotoGP.Bagaimanapun, bukan sahaja penampilan penyanyi kesayangan ramai itu yang menjadi perhatian, sebaliknya jam tangan yang dipakainya turut mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial."Tertarik dengan jam Kak Iti. Sekali periksa, wow!"Dia flex macam itu sahaja. Tak adalah menunjuk-nunjuk," tulis individu berkenaan.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengakui terkejut selepas mengetahui harga aksesori berkenaan, malah ada yang mengakui terus membuat carian sebaik melihat perkongsian tersebut."Hahaha sama. Tadi nampak hantaran ini terus periksa harga. Hemm, termenung sekejap. Siap tanya ChatGPT juga, ChatGPT pun terkejut."Datuk CT ini satu-satunya artis yang tak pernah spill pakaian dan aksesori dia. Tercampak semua kalau tengok beg sahaja. Love Datuk."Dia tak tunjuk pun, sebelum ini memang orang dah teropong. Alang-alang orang tahu, dia tak selindung dah."Cantik, harga pun cantik!"Satu jam, harga sebuah rumah."Harga jam seketul boleh beli sebiji rumah PR1MA dan kereta Axia Rahmah secara tunai," komen netizen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved