Kongsi video bermesraan ketika pandu kereta, netizen tolong ‘tag’ PDRM & JPJ

18 Nov 2023 • 7:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
bermesraan

Video tular menunjukan satu pasangan dipercayai suami isteri bermesraan ketika sedang memandu kenderaan telah menjadi topik perbualan di media sosial.

Motif konten macam ni?

Menerusi posting yang dimuat naik semula akaun X Malaysia Most Viral, video tersebut telah disertakan dengan kapsyen memberitahu tentang kebahagiaannya sebagai suami isteri.

Suami isteri bermesraan ketika pandu kereta

Dapat dilihat yang wanita berkenaan telah menyandarkan badannya kesuami sambil sebelah tangan lelaki itu mengendali stereng kereta manakala sebelah lagi memeluk isterinya.

Video berkenaan juga dirakam dari arah penumpang sebelah kiri dan dikongsikan kepada umum.

image is not available

Ramai tag PDRM dan JPJ di video suami isteri bermesraan

Walau bagaimanapun, netizen di media sosial lebih ‘tertarik’ untuk menyeru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) kerana pasangan tersebut dipercayai telah melakukan kesalahan ketika sedang memandu.

Mana tidaknya, penumpang wanita diperhatikan tidak menggunakan tali pinggang keledar dengan betul manakala pemandu lelaki pula seakan tidak begitu fokus kepada pemanduan kerana sebelah tangan memegang isterinya.

image is not available

Macam tak pakai seatbealt je

image is not available

Bukan tak elok ke tunjuk kemesraan macam tu?

Ada juga yang menegur tindakan pasangan suami isteri itu memandangkan terlampau menunjuk kemesraan kepada umum sedangkan banyak ceramah telah menegaskan bahawa perkara tersebut tidak begitu elok dipertontonkan kepada orang ramai.

 

image is not available

“Pastu buat konten kata dianiaya pihak berkuasa”

image is not available

Walau bagaimanapun, video asal yang dikongsikan pasangan tersebut tidak dapat dikenalpasti bila tarikh sebenar ia dimuat naik ke media sosial serta motif sebenar tindakan terbabit.

Boleh jadi, kereta yang dinaiki berada di atas towing memandangkan pasangan tersebut dilihat santai berpelukan dan sekadar mengusik golongan belum berumah tangga supaya ‘terinspirasi’ untuk bernikah sekaligus dapat bermesraan seperti mereka.