Kongsi video bersama wanita, netizen dakwa Muaz Zabir buat trend dengan Bella Astillah

Entertainment
29 Jul 2024 • 5:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen dakwa pelakon Muaz Zabir buat trend dengan Bella Astillah selepas memuat naik satu video memaparkan tangan seorang wanita yang dipercayai milik aktres tersebut.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir telah merakam video mengikut trend bersama seorang wanita menggunakan lagu Steal My Girl nyanyian One Direction.

Muaz Zabir buat trend dengan Bella Astillah

Namun begitu, walaupun wajah wanita tersebut tidak ditunjukkan, apa yang menarik perhatian adalah tangan wanita tersebut yang kelihatan sangat biasa di mata warga maya.

Tidak cukup dengan itu, aktor berusia 27 tahun itu juga berteka-teki dengan peminatnya apabila menulis kapsyen ‘Siapa?’ dan ramai netizen yang mengambil kesempatan untuk meneka.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa wanita tersebut adalah Bella kerana warna kukunya dan cincin yang disarung di jarinya sama dengan apa yang dipakai oleh aktres itu.

Cincin sama dekat video Kitsui

image is not available

Bella sebab kereta sama macam dia punya

image is not available

Muaz Zabir buat trend dengan Bella? Confirm, ni Bella!!

image is not available

Baju sama macam yang Bella post

image is not available

Bagaimanapun, terdapat beberapa warga maya yang telah memberikan jawapan berbeza dan mendakwa Muaz ditemani selebriti wanita lain.

Hanan atau Amyza??

image is not available

Bentuk jari macam Nabila

image is not available

image is not available

Bukan kuku Bella

image is not available

Tangan Aliff Aziz

image is not available

Terdahulu, ketika Bella sedang menghadapi isu berkenaan bekas suaminya, Aliff Aziz yang ditangkap basah bersama pelakon Ruhainies, tular pula foto mesra antara aktres itu dan Muaz.

Pun begitu, Bella tidak menafikan perkara tersebut disamping turut menjelaskan hubungannya bersama Muaz hanya sekadar ingin membuat Aliff cemburu.

Sekadar info, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan.

Sumber: TikTok Muaz Zabir