Netizen Siasat Wanita Dalam Video TikTok Muaz Zabir, Ramai Syak Kuku Bella Astillah

Entertainment
29 Jul 2024 • 2:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon Muaz Zabir telah menarik perhatian netizen selepas berkongsi video TikTok menggunakan lagu ‘Steal My Girl’ dari One Direction.

Dalam video itu, Muaz dipercayai bersama dengan seorang wanita berdasarkan jari jemarinya yang jelas kelihatan.

Ia lebih menjadi tanda tanya apabila Muaz menulis kepsyen ‘Siapa?’ di video tersebut.

image is not available

image is not available

Di ruangan komen, netizen telah membuat andaian bahawa wanita yang ada bersamanya di dalam kereta tersebut adalah Bella Astillah.

Ramai yang mengesyaki cincin dan warna kuku itu pernah dipakai Bella. Biar betul?

Walaupun hanya andaian, rata-rata daripada peminat meluahkan rasa gembira berpendapat wanita itu juga berhak bahagia selepas kegagalan rumah tangganya baru-baru ini.

image is not available

Jap!