Kongsi Video Luang Masa Dengan Anak, Netizen Puji - “Very Fatherly Tok Ram, Dalam Serius Ada Lembut..”

12 Sep 2024 • 2:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sejak kehadiran anak angkat sebagai penyeri hidup, Datin Alyah dilihat sering berkongsi momen keluarga kecilnya di media sosial.

Pemberian terindah Allah SWT

Terbaharu menerusi akaun TikTok, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan, memuat naik video dia meluangkan masa bersama suaminya iatu pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan anak angkat mereka Nur Izzara.

Paling menarik perhatian adalah kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.

“Hadiah dari tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.

“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya menerusi ruangan komen. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat keluarga selebriti itu dan mendoakan kebahagiaan mereka.

“Alhamdulillah nikmat dari Allah yang maha kaya, bahagia buat ibu ayah seindah salju. 

“Kiriman Allah..bahagia selalu. Amin.Kejap rasanya dah besar. 

“Very fatherly Tok Ram, dalam serius ada kelembutan hati terhadap anak,” komen beberapa netizen. 

Terdahulu, Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram (IG).

Untuk rekod, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Sebelum ini, Alyah memberitahu dia pernah menjalani rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Sumber: TikTok Alyah