Konon Diambil Dari Konsert, 3 Helai Rambut Idola Wanita Ini Dijual Hampir RM70 Ribu

26 Feb 2024 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Macam-macam perangai la peminat ni..

Baru-baru ini, seorang peminat di China telah mengadakan lelongan untuk tiga helai rambut Won-young IVE, di satu laman web yang menjual barangan terpakai.

Menerusi hantaran yang dikongsi, peminat tersebut mendakwa bahawa rambut wanita itu diambil semasa konsert jelajah IVE dan ujian DNA juga boleh dilakukan sebagai bukti kesahihan.

Meskipun kedengaran mengarut, lelongan itu telah berjaya menarik ribuan perhatian, dengan pembida tertinggi sanggup membayar sebanyak 103,000 CNY (RM68,348) untuk mendapatkan 3 helai rambut idola wanita itu.

image is not available

Bagaimanapun, ramai juga yang tidak percaya bahawa helaian rambut itu adalah milik Won-young tambahan pula, terdapat kawalan ketat di konsert IVE menjadikannya mustahil untuk mendapatkan rambut mereka.

Lahh…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.