Konon ‘Menghilang’ Selepas PRU, Rafizi Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar

Politics
5 Dec 2022 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas dikatakan ‘menghilang’ sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diumumkan, Rafizi Ramli akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar menerusi video di TikToknya malam tadi.

Menurut Rafizi, keputusan PRU15 mempunyai hikmah tersendiri apabila semua pihak yang bersengketa dalam arena politik negara didesak supaya duduk semeja dan mengutamakan rakyat.

Tambahnya lagi, ianya sangat bermakna kerana terdapat dua perkara iaitu ianya memberi kestabilan politik agar kerajaan ini akan kekal lima tahun dan tidak berlakunya ‘langkah Sheraton’ sekali lagi selain ia juga merupakan peluang melaksanakan dasar yang berkesan bagi membantu rakyat tanpa ada banyak gangguan.

Selain itu, tambah Ahli Parlimen Pandan lagi, matlamat kerajaan yang diundi oleh rakyat adalah untuk memperbaiki ekonomi supaya kehidupan harian menjadi lebih baik dan menyeru semua pihak bagi mengutamakan rakyat.

“Berbahaslah dengan cara berilmiah, bawa idea di Parlimen”

Menerusi video berdurasi 9 minit 45 saat berkenaan, Menteri Ekonomi berkenaan turut mendedahkan statusnya sebagai salah seorang perunding Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan perpaduan.

image is not available

Beliau juga menjelaskan tentang rentetan peristiwa yang menjurus kepada terbentuknya kerajaan perpaduan bersama BN, Warisan, GPS dan GRS. Ia juga termasuklah kegagalan PN untuk ‘mencuri’ sokongan ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan namun perkara itu tidak berlaku disebabkan adanya Akta Lompat Parti.

Jelasnya lagi, beliau tidak bersuara sebelum ini kerana merupakan salah seorang perunding utama yang memikul tanggungjawab menyelaras penubuhan Kerajaan Perpaduan berkenaan, jadi rahsia rundingan amat penting agar tidak merumitkan keadaan.

Dalam masa yang sama, Rafizi menjelaskan bahawa kerajaan perpaduan ini wujud kerana tiada satu pun parti yang berjaya memperoleh undi majoriti dan perkara tersebut sudah dijangkakan dengan PH menjadi blok terbesar.

Uniknya, keputusan PRU-15 ini menyaksikan PN dan PH masing-masing tidak boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan Barisan Nasional.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.