
Pendedahan aktivitis dan penyanyi rap, Caprice mengenai pempengaruh, CEO Batu benar-benar mengejutkan orang ramai.
Terbaru, seorang lagi individu tampil mendakwa turut menjadi mangsa pempengaruh tersebut. Dakwanya, dia juga pernah menerima gambar tidak senonoh daripada pempengaruh itu.
Dalam bukti screenshot yang dikongsikan, pempengaruh ini dikatakan menghantar gambar parut pembedahan di bahagian perutnya.
Namun, di dalam gambar turut kelihatan perkara yang tidak sepatutnya. CEO Batu kemudian meminta maaf dan menyatakan rasa kesal selepas mangsa tidak memberikan sebarang respon.
Caprice dedah mangsa baru hantar bukti mesej

Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu selepas mangsa menyatakan rasa tidak selesa.
Menurut netizen, bukti perbualan ini sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia tersilap hantar gambar yang pada asalnya mahu dihantar kepada kekasih.

Namun setakat ini, tiada penjelasan lanjut diberikan CEO Batu selepas pendedahan yang dibuat Caprice tular.
Pssttt! Betul ke dakwaan ni? Tapi makin ramai pula mangsa yang tampil. Kita tunggu jelah siasatan lanjut daripada pihak polis.
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


