Kononnya Nak Bersih, Rupanya Pegang Resit Lepas Pakai Sanitizer Berbahaya!

Health & FitnessLifestyle
12 Jan 2026 • 5:04 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas era pandemik COVID-19, mungkin masih ramai yang mempraktikkan SOP kebersihan yang ketat termasuklah penggunaan pembersih tangan (hand sanitizer) secara berkala, lebih-lebih lagi selepas membeli-belah.

Yelah, lepas dah pegang macam-macam barang kat kedai, mesti rasa risau kalau ada bakteria dan virus yang melekat kan?

Ada sesetengah kedai juga masih menyediakan sanitizer terutamanya di kaunter pembayaran yang boleh digunakan oleh pengunjung.

Tapi rupa-rupanya, boleh jadi kesilapan besar kalau pakai sanitizer waktu membuat pembayaran!

Baca Artikel Berkaitan: “Sanitize Tangan Korang..Bukan Mesin” – Juruteknik Dedah Banyak Mesin ATM Rosak Sebab Di Sembur Sanitizer

Banyak Kertas Resit Ada Bahan Kimia BPA

Menurut Public Health Malaysia (PHM), memakai sanitizer boleh menjadi amat berbahaya buat kesihatan sekiranya seseorang memegang resit selepas itu.

Ini disebabkan oleh sifat kertas resit itu sendiri yang merupakan sejenis kertas haba (thermal paper) yang kebanyakannya disalut dengan bahan kimia berbahaya Bisphenol A (BPA) agar tulisan timbul setelah didedahkan kepada haba.

Katanya, BPA yang terdapat di resit ini bersifat bebas (free monomer) dan tidak melekat kuat pada kertas terbabit, yang bermakna ia boleh dipindahkan apabila dipegang.

Menurut BASS Medical Group, walapun seseorang hanya memegang resit sekitar 10 saat, kadar BPA yang diserap boleh meningkat melebihi had pendedahan yang selamat berdasarkan ketetapan di California, Amerika Syarikat.

Pakai Sanitizer Buatkan BPA Diserap 100 Kali Ganda Lebih Tinggi

Tambah PHM lagi, resit itu menjadi lebih berbahaya apabila dipegang setelah memakai sanitizer.

Memetik Kajian oleh University of Missouri, Columbia, tangan yang dibersihkan dengan alkohol (seperti sanitizer) atau berminyak, termasuk memakai losyen atau makan makanan bergoreng, akan menyebabkan kulit hilang lapisan pelindung minyak semula jadi.

Keadaan ini seterusnya akan membuatkan liang roma kulit seakan-akan menjadi ‘span’ yang boleh menyerap lebih banyak bahan kimia.

Katanya, keadaan kulit sedemikian boleh menyebabkan BPA pada resit diserap masuk 100 kali ganda lebih tinggi ke dalam saluran darah.

Risiko ini sudah tentu lebih tinggi dalam kalangan pekerja kedai dan juruwang yang memegang resit setiap hari.

image is not available
Foto: Pexels

BPA Boleh Ganggu Masalah Kesihatan

Dalam pada itu, PHM menerangkan bahawa BPA merupakan sejenis pengganggu sistem endokrin (endocrine disruptor) dan boleh menyamai hormon estrogen dalam badan, seterusnya membawa kesan buruk terhadap sistem reproduktif, saraf dan imun.

Antara masalah kesihatan yang boleh disebabkan oleh pengganggu ini adalah:

  • Gangguan kesuburan apabila jumlah sperma dan telur merosot.
  • Risiko obesiti dan diabetes.
  • Risiko kanser berkaitan hormon seperti payudara dan prostat.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bahan Xenoestrogen Boleh Sebabkan Kanak-Kanak Mula Baligh Awal

Elak Ambil Resit Fizikal, Jika Perlu Pastikan Basuh Tangan Selepas Itu

Dalam pada itu, PHM turut menggesa orang ramai agar tidak mengambil resit pembayaran sekiranya tiada keperluan, atau minta e-resit jika memerlukannya bagi tujuan waranti atau tuntutan.

Pastikan juga resit ini disimpan di tempat yang selamat dan jauhkan daripada anak-anak kecil.

Baca Artikel Berkaitan: “Simpan Semua Resit”- Peguam Dedah Boleh Saman Tunang Jika Batalkan Perkahwinan [Video]

Tambahnya lagi, jika terpaksa juga memegang resit fizikal, pastikan anda MEMBASUH TANGAN terlebih dahulu menggunakan sabun sebelum makan.

Bukan itu sahaja, dia juga mengingatkan agar resit tidak disimpan bersama-sama duit kertas di dalam dompet memandangkan boleh berlakunya silang pencemaran.

Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyimpan resit berdekatan dengan alat sulit, seperti di dalam poket seluar.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: Pakai Fabrik Polyester Boleh Sukarkan Kehamilan – Kajian

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Bahaya Pakai Baju Guna Fabrik Pakaian 100% Polyester [Video]