Konsep Kota MADANI Contoh Pembangunan Bandar Seluruh Negara – PM Anwar

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 12:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Konsep Kota MADANI Contoh Pembangunan Bandar Seluruh Negara – PM Anwar

PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan Kota MADANI di Presint 19 di sini dijadikan contoh teladan bagi pelaksanaan pembangunan bandar di seluruh negara.

Beliau berkata pembangunan itu tidak seharusnya ditentukan sepenuhnya oleh pemaju semata-mata, sebaliknya perlu dirancang menerusi pendekatan menyeluruh yang menekankan aspek kesejahteraan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga perlu berhenti bergantung sepenuhnya kepada cadangan pemaju, sebaliknya memainkan peranan utama dalam merancang pembangunan bandar yang menitikberatkan elemen budaya, nilai kemanusiaan dan kualiti hidup.

“Jangan hanya tunduk kepada pemaju. Kitalah yang sepatutnya merancang, manakala pemaju hanya berperanan memberi pandangan untuk penambahbaikan.

“Jangan biarkan sesuatu projek ditentukan sepenuhnya oleh syarikat pemaju, kerana lazimnya mereka hanya memberi saranan berdasarkan kepentingan keuntungan semata-mata,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19, di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved