Konsep “Windows Handheld Mode” Diperlihatkan – Sistem Operasi Windows Pada Konsol Mudah-Alih

TechnologyDigital
13 Apr 2023 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Pelbagai syarikat teknologi sering mempunyai projek dalaman berbentuk hackathon atau perkongsian idea. Menariknya, kini melalui sebuah idea dalaman di Microsoft, ia memperlihatkan sokongan Windows pada peranti berbentuk konsol mudah-alih seperti Steam Deck.

Melaluinya, sistem operasi Windows yang dioptimasikan untuk peranti seumpamanya diperlihatkan dengan menyertakan beberapa ciri asas sahaja, dan turut direkabentuk dengna mesra skrin sentuh serta input berasaskan alat kawalan. Antaramukanya juga turut dioptimasikan untuk paparan skrin kecil berkenaan.

image is not available

Buat masa ini, ia sekadar projek dalaman sahaja. Tidak diketahui sama ada ia akan diperluaskan secara rasminya atau tidak. Tetapi, dengan pengeluar seperti Asus yang sedang melihat ke arena ini, tidak mustahil penawaran seumpamanya dikomersilkan pada masa akan datang.