
Tampil dengan single duet Ada, penyanyi popular Indonesia, Afgan dan Lyodra bakal menghiburkan peminat-peminat kesayangan mereka di Malaysia menerusi konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada 28 September 2024.
Bertempat di Megastar Arena, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh syarikat penganjur konsert terkemuka negara, Kharisma Music itu ditaja oleh jenama kosmetik Alha Alfa, dan penganjur bersama, Intan Gelombang serta Futurace.


