Konsert Cokelat Kembali Dibatalkan

LocalEntertainment
28 Aug 2024 • 10:26 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kumpulan Cokelat

Konsert Cokelat Kembali yang dijadualkan pada 7 September depan di Zepp Kuala Lumpur dibatalkan atas sebab yang tidak dijangka.

Pembatalan konsert ini diumumkan oleh pihak penganjur, Tanjak Global Services menerusi satu kenyataan media yang diedarkan sebentar tadi.

“Dengan rasa kesal yang mendalam, kami terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan untuk membatalkan konsert Cokelat Kembali. Keputusan ini terpaksa dilakukan ekoran masalah yang tidak terjangka dan di luar kawalan,” jelas mereka.

image is not available

Pada masa yang sama, pihak penganjur juga memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dengan penganjuran konsert ini, serta menjanjikan pulangan wang untuk semua pemegang tiket .

“Semua pemegang tiket akan menerima bayaran balik penuh (basic price) melalui Ubertickets, menggunakan kaedah pembayaran asal. Keputusan ini dibuat bersama kumpulan Cokelat, dan mereka telah dimaklumkan secara rasmi,” jelas mereka lagi.

Jun lalu, kumpulan asal Indonesia ini mengumumkan mereka bakal beraksi di Kuala Lumpur dalam sebuah konsert selepas 14 tahun tidak mengadakan persembahan di sini.

Kumpulan yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) ini  sebelum ini pernah 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos. – Getaran, 28 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved