Konsert Inteam: Perubahan Tarikh & Venue

EntertainmentMusic
27 May 2025 • 4:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Konsert Inteam: Perubahan Tarikh & Venue

Kumpulan nasyid terkenal, Inteam, telah memaklumkan mengenai perubahan tarikh dan lokasi bagi konsert mereka yang akan datang.

Menurut wakil kumpulan Inteam, Konsert Kasih Kekasih yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025 kini telah dianjakkan ke 28 September 2025.

Selain itu, berikutan sambutan luar biasa daripada peminat, konsert tersebut akan diadakan di lokasi baru iaitu di IdeaLive, Petaling Jaya.

Difahamkan, lokasi baru ini dipilih kerana mampu menampung lebih ramai pengunjung berbanding lokasi asal.

@era.je

Pengumuman rasmi dari @official_inteam untuk Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun. Inteam akan tukar venue konsert mereka ke lebih besar, iaitu IdeaLive dan perubahan tarikh! Korang semua boleh dapatkan lagi tiket lepas ini pada 14 Jun ini! Alhamdulillah good news untuk kita semua!

♬ original sound – ERA – ERA

Sebelum ini, Inteam turut memberi bayangan kemungkinan akan mengadakan jualan tiket pusingan kedua untuk Konsert Kasih Kekasih.

Perkara ini dapat dilihat melalui perkongsian terkini kumpulan tersebut di Facebook.

Kini, mereka kembali tampil dengan berita baik untuk para peminat.

Bagi peminat yang terlepas peluang membeli tiket sebelum ini, mereka boleh mendapatkan tiket konsert bermula 14 Jun 2025 (Sabtu) melalui platform Ticket Empire.

Sumber: ERA/TikTok