Gelagat Peminat Kongsi ‘Persediaan’ Ke Konsert Inteam Bikin Ramai Terhibur

EntertainmentMusic
26 May 2025 • 6:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Nama kumpulan Inteam pastinya tidak asing lagi dalam kalangan peminat muzik nasyid tempatan, lebih-lebih lagi oleh golongan milenium dan sebelumnya.

Manakan tidak, lagu Inteam sering menjadi pilihan untuk dinyanyikan di sekolah bagi pertandingan atau persembahan nasyid. Malah popular di kalangan anak muda yang bercinta.

Baru-baru ini, Inteam telah mencipta satu fenomena apabila tiket ke Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis dijual dalam masa dua jam sahaja selepas dibuka pada 22 Mei lalu.

Para Peminat Teruja Untuk Ke Konsert Inteam

Inteam seolah-olah telah mencipta gelombang di platform media sosial TikTok apabila para peminatnya memuat naik video yang menunjukkan keterujaan masing-masing untuk menghadiri konsert tersebut.

Menerusi tanda pagar #Inteam dan #InteamCore, orang ramai berkongsi pelbagai ragam mereka yang sedang bersiap sedia bagi menghadiri Konsert Kasih Kekasih.

Pemilik TikTok (@spookybento) yang dikenali sebagai ‘Anak Indie’ turut memuat naik persediaan dia dan keluarga untuk ke konsert Inteam, sekaligus menunjukkan bahawa peminat lagu indie juga tidak ketinggalan dalam scene nasyid.

Malah dia juga berseloroh, apabila memperlihatkan ibu dan neneknya yang memakai tudung labuh, manakala dia pula memakai vest dan minyak attar. Antara peralatan yang disediakan untuk dibawa ke konsert tersebut termasuklah kayu sugi dan tasbih digital.

@spookybento

make nasyid great again.

♬ Kasih Kekasih – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

Seorang lelaki pula berseloroh bahawa dia akan menggunakan kopiah yang berbeza bagi setiap lagu Inteam ketika di konsert tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI].

Wanita Berlatih Untuk ‘Behave’ Masa Konsert Inteam

Di samping itu, para wanita turut berkongsi telatah masing-masing yang berlatih untuk menjaga tingkah laku ketika menghadiri ke konsert nasyid tersebut.

“Tak boleh vibing, kena sopan santun,” kata salah seorang daripada mereka.

Seorang wanita juga berkata lagu-lagu nasyid termasuk yang dibawakan oleh Inteam sememangnya mengimbau kenangan ketika di asrama sekolah.

Ada juga yang melakonkan dia seolah-olah membawa kayu sugi sebagai ganti kepada ‘light stick’ untuk diedarkan kepada orang ramai di konsert Inteam kelak.

@nad.azkah Teringat woo haha zaman duk asrama pasang nasyid2 ni petang-petang lepas asar. Hahaha 😂 jadi ingat lah lirik2 nya haha.. pdhl time tu duk tulis lirik lagu bunkface and my chemical romance kt buku nota hahahahah #emceesofmalaysia #corporateemcee #emceeannualdinner ♬ Setanggi Syurga – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

@nuwner

Tak boleh vibing kena sopan santun i love in team btw 😔

♬ Kasih Kekasih – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

@rna.ykb Pukul 3 jap lagi dah boleh battle tiket, korang bagi can la kakak kakak ni mengimbau zaman sekolah kami 🥰 #konsertinteam #konsert #inteam #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Kasih Kekasih – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

@datoqistina

Sorry geng kne ride parking full

♬ Kasih Kekasih – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Bakal Bawa Avanza Nak Ke Konsert Inteam

Satu lagi perkara yang mengimbau memori anak kelahiran 90an pastilah penggunaan kereta tertentu yang seringkali dikaitkan dengan ustaz dan ustazah di sekolah.

Seperti yang dikongsi oleh orang ramai, kereta seperti Avanza, Unser dan Vanette menjadi pilihan mereka untuk menghadiri konsert Inteam kali ini.

Ada juga pemilik kereta sedemikian yang kononnya sudah mulakan perjalanan ke konsert terbabit kerana risau kereta perlu sering dihentikan akibat suhu yang meninggi.

Seorang individu pula berjenaka yang dia sedia meminjamkan kereta Avanza atau Unser miliknya kepada sesiapa yang memberi satu tiket konsert Inteam kepadanya.

@nrakmm_ Gerak awal takut temperature naik🤣 #inteam #fyp #kasihkekasih ♬ Setanggi Syurga – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

@aafiyahamyra

kaih pakat mai beli, avanza abang ni nak juaiii

♬ Setanggi Syurga – In Team

Tonton video penuh [DI SINI].

@nurulwahidaiii Kasta terendah duduk belakang sekali dengan luggage #inteam #konsert #avanza #september

Tonton video penuh [DI SINI].

image is not available
Sumber: TikTok @zam_mohamed

Akan Ada Hari Ke-2 Konsert Inteam?

Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun dijadualkan untuk berlangsung pada 27 September ini di Zepp Kuala Lumpur.

Walaupun jualan tiketnya telah ‘sold out’, ramai peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket tersebut dan meminta agar kumpulan nasyid itu membuat konsert untuk hari kedua.

Dalam satu hantaran di media sosial, Inteam seolah-olah memberi bayangan bahawa hari kedua konsert akan ditambah.

“Konsert kasih kekasih 2nd Round Battle? Anda bersedia?” soalnya.