
Kota Kinabalu: Selepas dua tahun ‘berehat’, stesen radio tempatan Kupikupifm kembali dengan konsert pada 6 Ogos ini yang dijangka bakal menarik kira-kira 10,000 penonton.
Bakal diadakan di Dewan KDCA di Penampang, Pengurus Besar Kupikupifm Lester Calvin Miol berkata mereka gembira kerana akhirnya dapat membawa kembali hiburan konsert kepada rakyat Sabah.
“Kami berharap konsert ini dapat memberikan senyuman dan keterujaan kepada peminat serta pendengar setia kami di Sabah terutamanya. Kami akan kembali ke akar umbi kami dengan konsert ini, di mana kami menampilkan 14 penyanyi tempatan daripada pelbagai genre.
