Konsert Lagenda Nasyid Malaysia satukan sembilan kumpulan, bakal gegarkan pentas Mei 2027

EntertainmentMusic
28 Nov 2026 • 2:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Konsert Lagenda Nasyid Malaysia satukan sembilan kumpulan, bakal gegarkan pentas Mei 2027

SELEPAS tiga dekad mewarnai industri muzik tanah air, genre nasyid terus mempunyai tempat tersendiri dalam hati peminat, malah legasi seni itu bakal diraikan menerusi sebuah konsert istimewa yang menghimpunkan sembilan kumpulan popular.

Konsert Lagenda Nasyid Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 29 Mei 2027 di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia City, Selangor itu bakal mempertemukan kumpulan nasyid daripada generasi berbeza dalam satu pentas.

Antara nama besar yang bakal menghiburkan peminat ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Aeydan dan NowSeeHeart.

Image from: Konsert Lagenda Nasyid Malaysia satukan sembilan kumpulan, bakal gegarkan pentas Mei 2027

Dianjurkan Rabbani Empire Resources dengan kerjasama Emas Sri Semantan, konsert berkenaan bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya menjadi platform menghargai perjalanan panjang muzik nasyid serta sumbangan penggiat seni yang membina dan mempertahankan genre itu sehingga hari ini.

Malah, kejayaan kumpulan seperti Rabbani, Raihan dan Inteam menembusi pasaran antarabangsa membuktikan muzik nasyid Malaysia mempunyai daya tarikan tersendiri serta berpotensi berkembang melangkaui sempadan negara.

Menurut wakil penganjur, penganjuran konsert itu turut menjadi ruang pertemuan istimewa antara penggiat seni dengan peminat yang setia menyokong perjalanan muzik nasyid selama ini.

Image from: Konsert Lagenda Nasyid Malaysia satukan sembilan kumpulan, bakal gegarkan pentas Mei 2027

"Selama tiga dekad, muzik nasyid telah melalui pelbagai fasa perkembangan dan berjaya meninggalkan kesan tersendiri dalam industri muzik tanah air. Kami mahu konsert ini menjadi sebuah pertemuan istimewa antara penggiat seni dengan peminat yang telah bersama-sama menyokong perjalanan muzik nasyid selama ini.

"Kami juga berharap penganjuran ini dapat memperkenalkan keunikan muzik nasyid kepada generasi muda dan memastikan legasi seni ini terus dihargai serta diwarisi," katanya dalam kenyataan.

Menerusi gabungan kumpulan daripada generasi berbeza, konsert itu diharap dapat membuka ruang kepada pendengar baharu untuk mengenali keunikan muzik nasyid, selain mengimbau kembali karya yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan seni dan kehidupan peminat.

Image from: Konsert Lagenda Nasyid Malaysia satukan sembilan kumpulan, bakal gegarkan pentas Mei 2027

Bagi Emas Sri Semantan, penglibatan sebagai penganjur bersama turut mencerminkan penghargaan terhadap perjuangan penggiat seni nasyid serta komuniti peminatnya yang merangkumi pelbagai peringkat usia, termasuk ibu bapa dan keluarga.

Sebagai jenama produk tempatan, Emas Sri Semantan turut berkongsi aspirasi industri nasyid Malaysia dalam usaha membina kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa, selain menyokong bakat serta hasil karya anak tempatan.

Konsert Lagenda Nasyid Malaysia bakal berlangsung pada 29 Mei 2027, jam 8 malam di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia City, Selangor.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved