Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM

9 Jan 2025 • 10:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Seorang daripada individu yang sebelum ini dilaporkan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disyaki akibat pengambilan dadah selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya telah pun dirakamkan keterangan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

“Setakat ini seramai 50 individu berusia 20 hingga 60 tahun terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga mangsa telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian empat pengunjung konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway itu pada malam 31 Dis lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya bagaimanapun masih menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan seorang lagi individu yang sedang menerima rawatan di PPUM berkait dengan kes yang sama dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata empat individu termasuk dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam tahun baharu, disyaki akibat pengambilan dadah.

Selain itu, tiga individu yang hadir pada konsert berkenaan turut dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat simptom yang sama.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved