Konsert Taylor Swift: Singapura Jana Untung RM1.7 Bilion Dalam 8 Hari

7 Mar 2024 • 10:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Konsert Taylor Swift yang diadakan di Singapura nampaknya menjana keuntungan mencecah RM1.7 bilion dalam masa lapan hari.

Satu-satunya di Asia Tenggara

Memetik laporan dari CNBC, konsert Taylor Swift: The Eras Tour 2024 telah menjadikan Singapura satu-satunya negara di Asia Tenggara yang dikunjungi.

image is not available

Berlaku lonjakan ekonomi di beberapa industri

Difahamkan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) menyatakan yang impak konsert itu dapat dirasai dari awal apabila berlaku lonjakan 10% dalam tempahan hotel.

Dianggarkan konsert itu akan memberi sumbangan ekonomi yang besar, dengan jangkaan keuntungan antara AS$260.3 juta hingga AS$371.9 juta, atau sekitar RM1.2 bilion hingga RM1.7 bilion susulan kehadiran peminat-peminat penyanyi berkenaan dari luar negara terutamanya negara tetangga.

image is not available

Tak hanya itu, kehadiran penyanyi asal Amerika Syarikat itu turut memacu sektor ekonomi lain, termasuk restoran, pusat beli-belah dan destinasi pelancongan di Singapura.

Sektor penerbangan dan perhotelan juga menerima impak positif apabila pihak Singapore Airlines serta Scoot memaklumkan yang berlaku peningkatan dalam tempahan tiket dan penginapan.

image is not available

Difahamkan, dengan penganjuran konsert tersebut industri hiburan negara berkenaan telah membantu mempelbagaikan ekonomi negara sekali gus menyumbang sehingga 10% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sumber: CNBC