Konservasi paya bakau beri pendedahan bermakna buat pelajar Politeknik Kota Kinabalu

LocalEnvironment
10 May 2024 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

Kota Kinabalu: Program konservasi paya bakau telah memberi pendedahan dan pengalaman bermakna kepada pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Program konservasi yang diadakan di Sulaman Lake Forest baru- baru ini melibatkan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PKK dengan kolaborasi Sabah Wetlands Conservation Society menerusi tanggungjawab sosial korporat.

Bertemakan ‘JPH-PKK Peduli Alam: Semarak Kesukarelawanan Melalui Konservasi Paya Bakau’, program tersebut telah diselaras oleh Pensyarah Kanan JPH, Meltina Masanti dan Pegawai Konservasi dan Sains daripada Sabah Wetlands Conservation Society, Mohd Aniq Yadiy Mohd Tajuddin.

Menurut Meltina, program ini diadakan untuk menyumbang kepada usaha konservasi paya bakau disamping memenuhi keperluan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 – Pendidikan Tinggi khususnya dalam menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan, dan seimbang serta mendukung inisiatif Matlamat Pembangunan Lestari.