Konsol Mudah Alih Acer Predator Atlas 8 Dengan Intel Arc G3 Extreme Dilancarkan

TechnologyDigital
29 May 2026 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsol Mudah Alih Acer Predator Atlas 8 Dengan Intel Arc G3 Extreme Dilancarkan

Acer menyertai dunia konsol mudah alih PC dengan pelancaran Acer Predator Atlas 8 semalam. Konsol ini hadir dengan skrin Skrin 8″ WUXGA, 120 Hz, 16:10, 500 nit, sokongan VRR, Gorilla Glass Victus + DXC untuk ketahanan dan mengurangkan silau. Ini dipadankan pula dengan cup sehingga Intel Arc G3 Extreme yang direka khusus untuk mengurangkan penggunaan bateri pada konsol mudah alih.

Image from: Konsol Mudah Alih Acer Predator Atlas 8 Dengan Intel Arc G3 Extreme Dilancarkan

Ia turut dilengkapi GPU sehingga Intel Arc B390 yang boleh melakukan ray tracing serta sokongan XeSS 3 untuk menaik taraf grafik menggunakan kecerdasan buatan (AI). Memori ialah sehingga 24 GB LPDDR5x RAM dan storan pula sehingga 1 TB PCIe Gen4 NVMe M.2 SSD (2280).

Image from: Konsol Mudah Alih Acer Predator Atlas 8 Dengan Intel Arc G3 Extreme Dilancarkan

Terdapat dua butang kawalan analog, satu butang D-pad, empat butang muka, dua butang macro, empat butang bahu. Dua butang L2 dan R2 menggunakan suis hall effect sementara tahap picu boleh dilaras mengikut permainan. Butang khusus untuk XBOX Game Bar Widget dan PredatorSense turut disertakan. Sebuah pengimbas cap jari diletakkan pada butang kuasa.

Sistem audio pula terdiri daripada dua speaker 2W dengan DTS:X Ultra. Sementara itu bateri adalah sehingga 80 Wh yang menyokong teknologi Intel Endurance Gaming untuk mengimbangi kuasa dengan ketahanan bateri yang lama.

Image from: Konsol Mudah Alih Acer Predator Atlas 8 Dengan Intel Arc G3 Extreme Dilancarkan

Sistem penyejukan pula adalah Predator AeroBlade yang terdiri daripada dua kipas logam yang meningkatkan kadar aliran udara sehingga 10% berbanding kipas plastik. Terdapat dua sambungan Thunderbolt 4 untuk menyokong aksesori seperti monitor dan storan pantas. Kad UHS-II microSD turut boleh digunakan untuk menambah storan. Disamping itu ia dilengkapi bicu audio, sistem Intel Killer Wi-Fi 7 dan bluetooth 5.4.

Acer Predator Atlas 8 akan dijual di Amerika Utara, EMEA, dan Australia bermula Oktober 2026 dengan spesifikasi serta harga yang akan ditawarkan belum lagi diumumkan.

Spesifikasi

NamaPredator Atlas 8
ModelPA08-I51
Sistem OperasiWindows 11 Home
PemprosesIntel Arc G3 Extreme
Intel Arc G3
GrafikIntel Arc B390
Intel Arc B370
Skrin8″ WUXGA (1920 x 1200), 16:10, IPS-level, sRGB: 100%, Adobe: 77.68%, Gorilla Glass Victus, Gorilla Glass DXC, 120 Hz, 500 Nits, VRR.
Mengesan sentuhan 10 jari.
MemoriSehingga 24 GB LPDDR5x (7467MT/s)
StoranSehingga to 1 TB PCIe Gen4 NVMe M.2 SSD slot (2280)
Sistem penyejukan2 kipas Predator AeroBlade
Vortex Flow
I/O2x Thunderbolt 4,
1x UHS-II micro SD (menyokong SD, SDXC, SDHC, SDUC)
1x 3.5 mm bicu audio
Control and Inputbutang A B X Y buttons, D-Pad, L/R kayu analog joysticks, XBOX Game Bar Widget, PredatorSense, butang bahu L/R, butang bahu L2/R2, butang View, butang Menu, butang kuasa, ,laras audio, butang makro L/R, butang laras L/R
Audio2x speaker 2W
2x mikrofon
Realtek ALC712
DTS:X Ultra
Acer PurifiedVoice
BateriSehingga 80 Wh, 4S1P, 4-sel Li-ion
Sumber kuasaPengecas 65W Type-C Power
Wi-Fi and SambunganIntel Killer Wi-Fi 7 BE1775s
Bluetooth 5.4
PerisianPredatorSense, XBOX Game Pass Premium (2 bulan), PC Game Pass (3 bulan)
Ukuran299 x 127.4 x 28.5/58.37 mm
BeratBawah 810 g – bateri 80 Wh
Bawah 770 g – bateri 60 Wh