Konten Eksperimen Sosial ‘Period Cramp’ Di LRT Tak Kaburkan Muka Penumpang Hingga Wanita Dikecam Undang Kritikan

31 Oct 2025 • 9:56 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Kalau anda perasan, semakin banyak konten eksperimen sosial yang tular di platform media sosial. Tujuannya bukan sekadar hiburan, tetapi untuk menyebarkan kesedaran tentang sesuatu topik selain meningkatkan sikap prihatin di kalangan masyarakat.

Malah, kebanyakan eksperimen sosial telah menjadi sumber inspirasi kepada seseorang untuk sentiasa melakukan kebaikan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

Baca Artikel Berkaitan: “Ibu Tak Cukup Duit” – Tindakan Individu Belanja Kanak-kanak Makan Buat Ramai Sebak

Pun begitu, ada juga yang menyalahgunakan konten tersebut sehinggakan tanpa sengaja mengaibkan orang lain.

Gadis Lakukan Eksperimen Sosial, Pura-pura Senggugut Dalam Tren

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial menyaksikan seorang gadis sedang melakukan satu eksperimen sosial di dalam tren LRT.

Gadis itu berpura-pura sedang mengalami senggugut (period cramp) dan mencangkung seperti menahan sakit untuk melihat sama ada penumpang lain terutamanya yang sedang duduk di kerusi peka atau tidak tentang keadaannya.

Menerusi video perkongsian, kelihatan dua orang penumpang pada waktu yang berbeza telah memberikan tempat duduk mereka kepada gadis berkenaan.

“Sisterhood tak kenal bangsa. Yang penting hati yang baik,” kata si pemilik video.

Timbul Salah Faham, Penumpang Sedang Duduk Tampil Beri Penjelasan

Bagaimanapun perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai. Segelintir individu mengecam tindakan seorang wanita dikenali sebagai Esha yang dikatakan hanya memandang gadis itu cangkung tanpa memberikannya tempat duduk.

Namun, wanita berbaju coklat itu kemudian tampil menjelaskan bahawa dia sendiri dalam keadaan tidak sihat dan turut memerlukan tempat duduk ketika waktu kejadian.

“Baju coklat tu saya. Saya punya barang pun banyak. Satu hari dekat hospital. Panggil Grab tapi separuh jalan, cermin kereta pecah. Saya kena drop tepi jalan, kena menapak dengan anak kecil yang tidak sihat meragam.

“Ada anak saya dekat tengah tu, saya memang tak larat nak fikir hal orang dah masa tu. Saya penat. Ada masa ke saya nak fikir hal sekeliling masa ni? Sebab video ni saya difitnah, (didakwa) kaum Melayu tiada common sense,” luahnya.

Rakam Muka Orang Tanpa Kebenaran Tak Patut Dinormalisasikan

Rintihan Esha ini turut tular di laman Threads. Seorang wanita dikenali sebagai Najihah menegur orang ramai khususnya individu yang melakukan konten agar menjaga privasi orang awam.

“Kaburkan wajah orang sekeliling, sebab kita tidak tahu apa yang sebenarnya dilalui oleh setiap individu contohnya, orang yang sedang duduk. Entah-entah orang itu hamil, atau baru melalui hari yang panjang dan penuh ujian,” katanya.

View on Threads

Menerusi hantaran sama, Esha juga memaklumkan bahawa pemilik video tidak meminta sebarang kebenaran sebelum memuat naik video itu.

“Diorang buat video ni tak ada pun maklumkan dekat saya. Tapi bila orang komen tanya, dia kata dah dapatkan kebenaran. Tipu je, tahu-tahu keluar video macam ni. Zoom pula muka saya. Kalau dia kaburkan saya tak kisah sangat,” tambah Esha.

Eksperimen Sosial Tentang Tempat Duduk LRT Undang Perhatian

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan bahawa privasi individu perlu menjadi keutamaan bagi mengelakkan sebarang fitnah.

Seorang individu pula menyindir pemilik video yang melakukan tinjauan sosial tanpa memikirkan hal orang lain.

“Eksperimen sosial tapi yang buat pun tak ada common sense,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai juga mengingatkan penumpang untuk meringankan mulut meminta tempat duduk sekiranya dalam keadaan tidak larat, hamil dan sebagainya.

“Boleh tak, tak payah kepoh hal kecil. Saling memahami la. Contoh kalau nampak orang hamil, kasi tempat duduk. Orang hamil pun, kalau masuk LRT jangan buat muka sombong.

“Tanya je, minta duduk. Saya kalau terlalu penat berdiri sampai saya rasa akan pitam dalam lima minit, saya akan tanya, boleh tak nak duduk. Masing-masing jagalah diri. Dah nak masuk 2026 pun berat mulut dan minta duduk. Bukan kerusi tu ada nama pun,” jelas seorang wanita.

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Wanita Selamba Letak Beg Di Kerusi Zon Keutamaan Dalam LRT Undang Kecaman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lepas 5 Stesen Baru Ibu Hamil Dapat Tempat Duduk Dalam MRT, Wanita Kesal Orang Lain Tak Cakna

Baca Artikel Berkaitan: “Tanpa Tutup Aurat” – Wanita Kecewa MUA Post Video Makeup Ahli Keluarga Tanpa Kebenaran

View Original Article